29 May 2015

ISU PELUK ISLAM - STACY TAK GEMBIRA, TERKILAN



“Saya tidak gembira dan terkilan," begitulah komen Stacy berkenaan kenyataan kekasih hatinya Akim mengenai isu peluk Islam baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
Dakwa Stacy, kenyataan Akim telah diputarbelitkan oleh segelintir pihak hingga timbulnya kekeliruan.

"Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.





"Kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius," tambah Stacy dipetik sebagai berkata melalui MyMetro.

Sehubungan itu, dia berkata ada baiknya jika dia atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan mereka buat masa ini.



"Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu.

"Apapun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini," ujarnya lagi.


Foto: Stacy IG


         ________________________




No comments: