26 May 2015

KELUARGA MULA TERIMA : STACY BAKAL PELUK ISLAM - AKIM



"Dia sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua," ujar Akim Ahmad, 24, mengenai perkembangan dia dan kekasihnya Stacy.

Tambah Akim, untuk mendidik kekasihnya itu, dia memang tiada masalah meskipun menyedari yang dirinya tidaklah sempurna. Bagaimanapun, dia sudah memiliki didikan agama daripada keluarga yang dirasanya cukup lengkap.

"Saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat," katanya.





Selanjutnya mengenai perancangan perkahwinan, menurut Akim buat masa ini dia sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara lain sebelum benar-benar sedia menjadi seorang suami.

"Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi.

"Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti," jelas Akim dipetik sebagai berkata melalui Mstar.





         ________________________




No comments: