25 May 2015

TERKINI - RAJA FARAH SAH BERCERAI TALAK SATU



Raja Farah akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria hari ini.

Lafaz cerai telah dilakukan oleh Megat Qhuyum di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Untuk info, Raja Farah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 5 Mei lalu, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.





Antara punca perceraian tersebut ialah mereka tidak persefahaman lagi selain sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan yang lalu.

Pada perbicaraan itu, Raja Farah ditemani bapa dan peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Tinggal kenangan

Sumber: Berita Harian


         ________________________




No comments: