26 May 2015

9 GAMBAR - LAWATAN MOJO KE RUMAH ORANG TUA AL-IKHLAS



Semalam, Kumpulan rock MOJO telah menjayakan aktiviti amal yang dinamakan #DahsyatKasihMOJO bertempat di Rumah Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas (Rumah Al-Ikhlas) di Puchong, Selangor.

Aktiviti amal ini merupakan niat MOJO sendiri untuk bersama-sama meluangkan masa bersama orang-orang tua yang merupakan penghuni di Rumah Al-Ikhlas bagi menghargai dan meraikan mereka sempena sambutan Hari Ibu yang lalu, juga sekaligus meraikan Hari Bapa yang bakal tiba.

Klik gambar untuk size besar




Acara tanggungjawab sosial masyarakat yang dicetuskan MOJO ini adalah bagi menghargai setiap pengorbanan mereka yang lebih tua, seiring dengan single terbaru MOJO, ‘Dahsyat’ yang menunjukkan betapa dahsyatnya sifat kasih sayang itu mampu memberi makna dan menyerikan lagi hidup seseorang itu.

Aktiviti kunjungan ini telah berlangsung dari jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 4 petang.

Turut menjayakan program itu ialah kumpulan kereta tempatan ProSat Motorsports dan Sagat Crew Ladies Motorsports yang membawa MOJO sepanjang perjalanan ke Rumah Al-Ikhlas. Sebanyak hampir 15 buah kereta yang disertai hampir 60 orang telah berkonvoi dari bangunan KRU Studios di Cyberjaya ke lokasi yang terletak di Pulau Meranti, Puchong.



"Kami begitu bersyukur dapat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan penghuni-penghuni di Rumah Al-Ikhlas ini kerana apa yang mereka mahukan bukanlah harta atau wang ringgit, tetapi hanya masa untuk bersama-sama dan berborak bersama mereka.

"Alhamdulillah, kehadiran kami ke sini dapat memberi sedikit senyuman kepada mereka dan di kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua supaya hormatilah kedua-dua orang tua kita dan jagalah mereka dengan penuh kasih sayang sementara kita masih dapat bersama mereka”, ujar Ketua kumpulan MOJO, Edry.














Foto & info: KRU


         ________________________




No comments: