26 May 2015

SELAMAT NIKAH - AZZA AF1 KINI ISTERI ALIF EHSAN



Selepas ramai rakan-rakan Akademi Fantasia musim pertama mendirikan rumah tangga, kini tiba giliran Azza atau nama sebenar Azariah Suaymi 33, pula bergelar seorang isteri.

Dia telah selamat diijabkabulkan Ahad lalu dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Alif Ehsan A Rahim 29. Akad nikah telah dilangsungkan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada jam 9.15 malam.





Bapa pengantin perempuan Suaymi Musa, 77, telah menikahkan Alif dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ustaz Razalli.

Azza menerima mas kahwin sejumlah RM1,000 berserta 7 dulang hantaran berbalas 9.

Majlis resepsi akan diadakan oleh mereka pada 30 Mei ini di IDCC Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan!




Foto & Sumber Harian Metro


         ________________________




No comments: