27 May 2015

SEJAK MULA BERHIJAB, SAYA TIDAK LAGI MENYANYI - LUFYA



Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 iaitu Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 30, nekad meninggalkan bidang nyanyian selepas berhijrah dan mengenakan hijab sejak Februari lalu.

Menurut Lufya, dia telah memikirkan secara mendalam berhubung keputusannya itu dan menganggap ia adalah tindakan terbaik.

"Bukan kecewa terhadap industri tetapi ia adalah kehendak saya sendiri dan saya sudah berfikir semasak-masaknya sebelum nekad membuat keputusan itu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya ada sebab tersendiri tetapi tidak perlu rasanya saya sebut secara umum," ujar Lufya dipetik sebagai berkata.

Perancangannya untuk tampil dengan lagu terbaharu juga dibatalkan dan dia hanya akan memfokuskan kariernya terhadap bidang lakonan.

"Saya akan terus berlakon tetapi akan lebih selektif terhadap tawaran diberikan agar bersesuaian dengan imej saya," jelasnya.



Dalam pada itu, Lufya menyangkal dakwaan kononnya dia mengambil keputusan untuk berhijab kerana bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

Jelas Lufya, penghijrahannya itu dilakukan atas kesedaran diri sendiri dan buka kerana perkara itu.

"Tidak benar dakwaan itu tetapi jujurnya saya tergerak hati untuk menutup aurat selepas terkesan dengan pelbagai bencana menimpa negara kita sejak akhir-akhir ini.

"Ia menyedarkan saya bahawa kehidupan ini singkat dan Alhamdulillah sejak bertudung saya lebih tenang berbanding sebelum ini," katanya.





Foto kredit: IG Lufya Omar
Sumber: mStar



         ________________________




No comments: