20 May 2015

BETTY BANAFE KINI HAMIL ANAK KEDUA



Tahun 2015 ini banyak artis kita yang hamil termasuklah Betty Banafe yang kini sedang mengandungkan anak keduanya hasil perkongsian hidup dengan Bruce Darghous.

Betty pada awalnya cuba merahsiakan perkhabaran gembira itu namun akhirnya dia mengakui yang dirinya sedang mengandung.

Katanya, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu kerana usia kandungannya masih berada di peringkat awal.

Klik gambar untuk size besar




"Memang kalau boleh saya enggan berkongsi lagi berita gembira ini kerana usia kandungan saya masih berada di peringkat awal, saya tak mahu perkara buruk berlaku.

"Namun apabila sudah diajukan soalan ini, saya (terpaksa) buka mulut berkongsi khabar gembira ini. Cuma setakat ini saya belum sedia untuk bercerita lebih lanjut mengenai kandungan saya ini.



"Apa yang boleh saya katakan setakat ini, kehamilan kami ini begitu berbeza jika dibandingkan ketika saya mengandung Julia dulu," ujar Betty dipetik sebagai berkata.

Mengenai jantina pula, Betty berkata yang dia tidak kisah mengenai jantina anak kedua mereka ini kerana terlalu teruja selain mengatakan berharap mempunyai sepasang lelaki dan perempuan kelak.

Tahniah kami ucapkan buat Betty dan suami!











         ________________________




No comments: