21 May 2015

CHEF RIZ & SHIKIN MAEMBONG TIMANG 'BABY GIRL'



Tahniah kami ucapkan buat Shikin Maembong isteri kepada Chef Riz yang telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Mei lalu.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh ayah Shikin iaitu Ismail Embong.

Difahamkan, Shikin Maembong baru hamil 6 bulan dan telah pun melahirkan bayi perempuan ini. Kemungkinan besar cahaya mata Chef Riz dan Shikin dilahirkan tidak cukup bulan. Sama-samalah kita doakan agar bayi ini diberikan kesihatan dan membesar dengan sihat.

Untuk rekod, Chef Riz dan Shikin mendirikan rumah tangga mereka pada 5 Disember 2014.

Klik gambar untuk size besar








         ________________________




No comments: