22 May 2015

PILIH PENGURUS SENDIRI - BABY SHIMA NIKAH 7 JUN DEPAN



Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang popular dengan lagu 'Tak Sabar' akhirnya memilih pengurus sendiri iaitu Mohd Afrendie Affendy (Andy) sebagai bakal suami.

Difahamkan, majlis perkahwinan Baby Shima dan Andy akan berlangsung di Dewan Azalea, Johor Baharu pada 7 Jun depan. Mereka sebelum ini telah bertunang dalam satu majlis ringkas di Sabah, pada 1 Mei lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Kami akan bernikah sebelah pagi dan bersanding jam 2 petang di dewan berkenaan. Lokasi nikah masih belum dapat dimaklumkan," ujar Andy dipetik sebagai berkata.

Tambah Andy, hubungan yang pada mulanya atas dasar kerja, lama-kelamaan telah membenihkan rasa sayang.



Sementara bagi Shima pula, katanya kebetulan dia di Kuala Lumpur tidak mempunyai sesiapa. Jadi Andy dan Adam selalu menemaninya keluar. Daripada situ, maka benih-benih cinta akhirnya lahir antara mereka berdua.

"Andy banyak menolong saya. Saya pun tak bersosial di ibu kota dan ruang lingkup lebih banyak dengannya. Dari situ tanpa diduga terbit rasa sayang dan cinta," kata Shima ringkas.









         ________________________




No comments: