19 May 2015

ISTERI HAMIL - FAD BOCEY BAKAL JADI BAPA



"Alhamdulillah rezeki dari Allah. Walaupun baru 4 minggu awak dalam perut saya tapi saya dah dapat rasa. Awak baik-baik ye dalam perut saya. Awak lapar awak bagitau saya k, nanti saya bagi awak makan. 22 May nanti kita naik pelamin bertiga tau. Saya happy sangat sebab sekarang saya dah ada kawan. Awak baik baik ya kat dalam perut saya?" demikianlah kata Syaheera Rahman, 21, isteri kepada Fad Bocey, 24.

"Syukur Alhamdulillah.. Awak dah 4 minggu dalam perut mummy.. Awak jaga diri yee.. Daddy tunggu awak," ujar Fad yang teruja bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Klik gambar untuk size besar




Untuk rekod, Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam telah bernikah dengan Syaheera pada 14 Mac lalu di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah.

Tahniah kami ucapkan buat Fad dan isteri.










         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...