19 May 2015

OTAI MASIH BERBISA - PAK MUSTAR, 'HERO BARU' KILAUAN EMAS 5



"Saya bersyukur masih bertahan hingga ke hari ini kerana saya sedikitpun tidak menyangka akan terpilih ketika pusingan ‘Wild Card’ tempoh hari," ujar Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, atau lebih popular dengan panggilan Pak Mustar.

Pak Mustar kini bukan hanya 'masih berbisa' dalam Kilauan Emas musim ke-5, tetapi menjadi 'hero baru' dalam rancangan terbitan Astro itu. Malah undian yang diterimanya juga amat tinggi hingga membolehkannya berada ditangga pertama selama beberapa minggu.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu betapa susah payahnya pekerjaan Pak Mustar sebelum dia terkenal seperti sekarang. Ini kerana, kerja sebagai tukang rumah adakalanya memerlukan semangat tinggi demi mencari sesuap nasi.

Klik gambar untuk size besar




"Sepanjang bergelar tukang rumah, saya pernah terjatuh ketika sedang menukang sebuah rumah dan menyebabkan saya pengsan. Itulah pengalaman paling ngeri yang pernah saya alami. Saya sendiri tidak perasan bagaimana saya boleh terpijak kayu reput.

"Saya terjatuh dari alang rumah yang sedang saya tukang dan menurut isteri saya pengsan selama setengah jam.

"Alhamdulillah tidak ada kecederaan serius dan saya masih mampu bekerja sehingga hari ini," katanya mengimbas kenangan lalu.



Menurutnya lagi, pendapatan sebagai tukang rumah tidaklah seberapa dan tidak menentu. Tambahan pula isterinya Hazelinda Zainal Abidin, 34, tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Mengenai popularitinya kini sebagai anak seni, kata Pak Mustar memang suka menyanyi dan tak sangka pula terpilih dalam program ini. Cuma dia sedih kerana terpaksa berpisah seketika dengan lima anak yang berusia 2 hingga 11 tahun.

"Mungkin ada yang beranggapan saya akan menyanyi sambil lewa kerana harapkan terkeluar tapi saya tak boleh buat main-main kerana pengundi dah bagi kepercayaan kepada saya," tambahnya bersemangat.







         ________________________




No comments: