05 May 2015

ISU PENGAMBILAN ANAK ANGKAT - DATUK SITI NURHALIZA BERI PERJELASAN



Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik satu gambar mengenai isu ingin mengambil anak kepada mangsa nahas Duke tempoh hari sebagai anak angkatnya di laman IG.

Isu ini timbul apabila ada sebuah blog membangkitkan spekulasi tersebut tanpa mendapat jawapan yang sahih daripada pihak Datuk Siti sendiri.

Ia bermula apabila ada seorang pengguna facebook memuat naik video anak mangsa yang bernama Nur Firuza Amira. Video yang berdurasi selama 6 saat itu menyatakan bahawa anak mangsa ini ingin bertemu dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Klik gambar untuk size besar




Selepas video tersebut tersebar dan menjadi viral maka wujudlah spekulasi dimana Datuk Siti ingin mengambil mereka sebagai anak angkat. Ia sekali gus memberi kesan kepada niat Datuk Siti.

"In shaa Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui..

"Blogger-blogger tersayang, adakala kami bimbang dengan tajuk-tajuk berita, cerita-cerita rekaan meski hanya pada tajuknya, pengisian yang tak tahu betul salahnya dan akhir sekali, pihak Dato' Siti sendiri dihujani pertanyaan.



"Saya dah selalu beritahu hal ini, mungkin sekarang sudah ramai pembaca blog yang cerdik- tidak hanya membaca tajuk atau tak mempercayai rumours.

"Dato' Siti sendiri ada instagram beliau sendiri, jika ada yg hendak dikhabarkan tentulah ada sahihnya dari pihak beliau.

"Hormati situasi, keadaan, keluarga, orang lain, pekalah saudara saudari. Sensasi tak bawa kita ke mana-mana, apatah nanti andainya tidak benar. Untuk berbuat baik banyak caranya.. InshaAllah," ujarnya di laman IGnya.

Namun, masih ada lagi peminat yang salah anggap dengan niat beliau melalui komen-komen yang diberikan.
















         ________________________




No comments: