28 May 2015

JUARA KILAUAN EMAS 5 - MUSTAR RAIH RM100,000



Konsert terakhir Kilauan Emas Musim Ke-5 yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB semalam telah melabuhkan tirainya apabila Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar dinobatkan sebagai juara.

Mustar telah membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, sebuah motosikal bernilai RM50,000, kerusi urut dan trofi. Mustar turut menerima Anugerah Khas Juri dengan hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Naib juara telah diduduki oleh Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman atau Elji yang melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM50,000, perkakas memasak dan trofi.

Klik gambar untuk size besar




Bagi tempat ketiga dan keempat pula telah dimenangi oleh Mursalim Muhidin (Aling) dan Hazlina Wati Zainuddin (Lina). Aling menerima hadiah wang tunai RM30,000, perkakas memasak dan trofi, manakala Lina menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, anugerah penaja iaitu Anugerah NOP (Nestle Omega Plus) yang menyediakan hadiah wang tunai RM15,000 dan trofi menjadi milik peserta yang tersingkir pada minggu kedua, Nurashikin Ibrahim (Ann)

Tahniah kami ucapkan buat para pemenang!



Foto & info: BH Online



         ________________________




No comments: