21 June 2015

13 GAMBAR - SEKITAR PENGAJIAN JOHAN AS'ARI DI INDIA



Johan Ariff As’ari, 28, terbang ke negara itu sehari sebelum Ramadan bersama lapan rakan pengajian dan lokasi pertama menjejakkan kaki ialah New Delhi. Johan akan berpuasa dan menyambut Syawal di India.

Menurut Johan, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan rakan pengajian yang mencadangkan dia keluar berguru selama 120 hari, amalan yang sering dilakukan penggiat tabligh.

Klik gambar untuk size besar




"Sebenarnya, perancangan sambung belajar memang sudah lama. Dulu pernah suarakan hasrat mahu ke Yaman tetapi negara itu bergolak pula tiba-tiba.

"Saya juga sudah lama berazam mahu ke India. Apabila difikirkan semula, inilah masa sesuai untuk capai matlamat mendalami agama dan mendekatkan diri dengan Allah serta perbaiki diri," ujar Johan dipetik sebagai berkata

Kata Johan, filem dan drama bersiri pun sudah siap, begitu juga telefilem untuk raya sebagai bekalan untuk peminat sepanjang ketiadaannya.



Johan akui ketenangan boleh dicari di mana-mana dan pemergiannya atas nawaitu untuk mantapkan ilmu al-Quran dan hadis.

"Apabila tiba di New Delhi, kami akan dibawa wakil jemaah di sana dan kemudian ditempatkan di masjid-masjid tertentu.

"Selain New Delhi, saya membuat persiapan lain, termasuk mendapatkan visa ke Bangladesh dan Pakistan jika perlu ke sana," jelasnya.



Tambah Johan, dia tidak pernah ke India tetapi ada bertanya orang lain yang pernah ke sana.

Katanya, ada yang bercerita dugaan koma selama empat jam dalam perjalanan apabila melalui kawasan pergunungan yang kurang oksigen.

"Ada yang diuji dengan masalah kesihatan lain. Isu saya pasti perbezaan bahasa kerana saya tidak tahu berbahasa Urdu," katanya mahu mempelajari bahasa itu sebagai ilmu tatkala pulang ke Malaysia kelak.



Kata Johan, dia seronok berkongsi cerita yang diperoleh dari rakan tabligh yang pernah ke negara itu. Setiap tahun sejak mengikuti jemaah itu pada 2004, mereka akan keluar ke India selepas belajar di Malaysia.

"Dari India, selalunya jemaah akan bergerak mendalami ilmu agama ke Pakistan atau Bangladesh pula. Selepas itu baru bergerak ke negara lain," tambahnya.

Mengenai persiapan dan sumber kewangan, kata Johan, apabila buat kira-kira, perbelanjaan selama empat bulan di sana termasuk tiket penerbangan lebih kurang RM5,000.



"Saya tanya ayah dan beritahu mengenai hasrat sambung belajar. Ayah terus tanya duit belanja cukup atau tidak? Saya kata, adalah sikit dan ayah setuju tambah sedikit buat belanja saya nanti," katanya yang bersyukur kerana tidak bekerja hampir tiga bulan kerana menjalankan tanggungjawabnya menjaga arwah ibu.

Kata Johan, sebaik saja keputusan sambung belajar dipersetujui keluarga, Allah menurunkan rezeki buatnya melalui beberapa tawaran berlakon dan program televisyen yang datang tanpa disangka.

"Baru-baru ini ada tawaran berlakon untuk telefilem raya. Kemudian dapat pula tawaran program TV untuk TV3 dan RTM. Bila dikira-kira balik, syukur lebih dari mencukupi.



"Allah permudahkan rezeki apabila saya pasang niat nak sambung belajar. Ia buatkan saya lebih yakin pada setiap janji Allah. Malah, ketiadaan ibu juga buatkan saya lebih bersemangat untuk jadi anak soleh buat ibu dan ayah," sambungnya lagi.

Sekembalinya dari India, Johan tidak akan berhenti berlakon kerana beranggapan kerjaya itu sebahagian daripada dakwahnya untuk peminat.

Antara filemnya yang menanti tayangan ialah Juvana 2, Juvana 3 dan Kanang Anak Langkau. Manakala drama bersiri pula, Cinta Ilahi untuk slot Zehra di TV3 dan telefilem untuk siaran Aidilfitri ini, Ketupat Palas.

















         ________________________




No comments: