30 June 2015

AKIBAT SALAH FAHAM - WANITA DIGELAR SUNDAL OLEH AZWAN ALI



Baru-baru ini kecoh apabila selebriti kontroversi dan bermulut lantang, Azwan Ali atau terkenal dengan panggilan Diva AA telah memaki hamun seorang peminat wanita yang mencadangkan beliau untuk mencuba stik terbaik di Me'nate Steak Hub.

Tidak tahu akan kewujudan restoran tersebut Azwan menyangka pengikutnya yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya 'binatang' dalam loghat Kelantan.

Akibat salah faham, wanita tersebut terus dimaki hamun oleh selebriti tersebut secara membabi buta.

Klik gambar untuk size besar




Nurazira bagaimanapun memberi reaksi yang tenang terhadap maki hamun tersebut dan menerangkan yang dia mencadangkan restoran Me'nate untuk menikmati stik daging.

Untuk makluman, Me’nate ini merupakan sebuah restoran yang dikenali dengan hidangan stik yang harganya boleh mencecah RM 1,000 – RM 2,000 sepinggan kerana menggunakan daging lembu Wagyu dari Jepun.

Dek kerana kes itu juga, Nur Azira menerima kiriman mesej di laman Facebook daripada pemilik restoran Me'nate yang bermurah hati mahu membelanja Nur Azira sekeluarga berbuka puasa di sana.

Apa-apa pun, pengajarannya di sini seeloknya kita meneliti dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak untuk menghentam orang lain agar kita tidak dimalukan akhirnya.



















Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO


         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...