30 June 2015

AKUI SILAP MUAT NAIK SELFIE ATAS KATIL - YAZER & EKIN KINI LEBIH BERHATI-HATI



Jika sebelum ini, Yazer dan Ekin menjadi perhatian selepas sekeping gambar selfie di atas katil dikongsikan di akaun sosial masing masing, terkini Yazer mengakui tindakan mereka itu adalah satu kesilapan besar.

Menurut Yazer, dia tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada mulanya niat mereka untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

"Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.

Klik gambar untuk size besar




"Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar dari kesilapan iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Belajar dari kesilapan, mereka kini lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar ke akaun sosial mereka dan akan berusaha untuk terlibat dengan kontroversi lagi selepas ini.

"Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.

"Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini," jelasnya.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: