30 June 2015

KES DADAH: MENGAKU SALAH - MAMAT EXIST DIDENDA RM4,000



Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 37, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah pada Mac lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan Mamat dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Klik gambar untuk size besar




Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini pada pukul 11 malam 26 Mac lalu.

Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: