Jika sebelum ini heboh dengan kisah Azwan Ali memaki-hamun seorang wanita di Twitter kerana mencadangkan makan stik di restoran Me’nate Steak Hub, terkini dia telah membuat permohonan maaf kepada Rani Kulup kerana menghina Melayu.
"Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.?
"Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
Klik gambar untuk size besar
"Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran.
"Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense! (hentikan semua hal mengarut!)," kata Azwan.
Tindakan Azwan ini berikutan amaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka yang telah memberi amaran kepada Azwan supaya meminta maaf atau bakal dilapor polis di atas kelantangan mulutnya hari ini.
"Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.
"Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. 'Sangkut' dia nanti," ujar Abdul Rani dipetik sebagai berkata.
Menurut Arka, tempoh seminggu itu juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.
"Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!
"Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina," jelasnya.
Bagaimanapun, Azwan tidak menyatakan permohonan maafnya terhadap wanita itu mahupun pemilik restoran Me’nate yang turut dimaki hamun.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment