Setiap tahun apabila menjelang Aidilfitri kita akan disajikan dengan pelbagai iklan raya yang menarik, mencuit hati dan juga mengusik perasaan sebak sehingga menitiskan air mata.
Tidak dinafikan satu ketika dulu, iklan-iklan Aidilfitri hasil garapan dan cetusan idea pengarah kreatif, Allahyarham Yasmin Ahmad antara yang dinantikan.
Malah, sehingga kini iklan mahupun filem pendek bertemakan raya yang pernah dihasilkan pengarah filem Muhksin itu masih terus diingati dan dirindui.
Klik gambar untuk size besar
Bercakap tentang filem pendek sempena Aidilfitri, satu karya terbaharu bertajuk Kad Raya Shafiqa, yang kini semakin menjadi bualan ramai sejak ia di muat naik di laman video sosial Youtube.
Apa yang mencuri tumpuan, iklan terbitan PTS Media Group yang dibintangi aktres cilik berbakat besar adik Puteri Balqis ini cukup menyentuh hati ramai yang menontonnya.
Diarahkan oleh Khairul Azwan, ia mengisahkan seorang murid bernama Syafiqa dan cikgunya yang bernama Hayati. Satu hari Syafiqa terdengar perbualan cikgu Hayati bersama ibunya yang memberitahu dia tidak dapat pulang beraya kerana sibuk dengan kerja.
Tanpa pengetahuan sesiapa, Syafiqa rupanya mengidap penyakit barah otak dan meninggal dunia.
Sebelum meninggal, Syafiqa ada membuat sekeping kad raya khas untuk cikgu Hayati. Saat membaca kad itu cikgu Hayati menangis dan baru dia tersedar sesuatu.
ATAU KLIK DISINI
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment