20 June 2015

VIDEO: PERTAMA KALI PUASA - SUAMI LANA NODIN TAK SABAR RASA AYAM PENYET



Beberapa jam lalu, Lana Nodin telah memuat naik video suaminya, David McKienzie yang tidak sabar untuk menjamah masakannya setelah seharian berpuasa.

Ramai peminat yang memuji sikap Lana yang pandai menjaga dan mengambil hati suami selain rajin memasak.

Klik gambar untyuk size besar




Apa yang menarik, gelagat David yang bersungguh-sungguh bertutur dalam bahasa Melayu dengan sedikit pelat untuk menerangkan apa yang dimasak oleh isterinya itu telah menarik perhatian pengikut Instagramnya.

"Hari ini, isteri saya masak ayam penyet," katanya yang kemudiannya disambut kembali oleh Lana dengan pertanyaan sama ada suaminya itu berpuasa atau tidak.

Menurut kapsyen di video tersebut, Lana memberitahu bahawa tahun ini merupakan kali pertama suami kesayangannya itu berpuasa dan berbuka bersama keluarganya.



Malah disebabkan suaminya itu tidak sabar untuk berbuka, dia juga telah mengambil keputusan untuk mengusik Lana di dapur.

"First time my hubby @david_mckienzie berpuasa this year n dpt berbuka with my family so kena masak sedap2 untuk dia sebagai upah belajar berpuasa...well done sayang, proud of u...love u so much.

"My hubby @david_mckienzie sibuk kacau org kat dapur...tak sabar nak berbuka la tu...sian, budak bau belajar berpuasa hehe," tulis Lana di laman IGnya.



Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO 1
VIDEO 2



         ________________________




No comments: