27 June 2015

GAMBAR ANAK DI WEB LUCAH - BEKAS SUAMI ERRA FAZIRA SUDAH BUAT LAPORAN



Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 41, memberitahu bekas suaminya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas gambar anak mereka, Engku Alessya, 6, digunakan sebuah laman web lucah.

Menurut Erra, bekas suaminya sudah melaporkan perkara itu pada Khamis lalu agar tindakan sewajarnya segera dilakukan.

Klik gambar untuk size besar




"Bapa Aleesya sudah ambil tindakan dan buat laporan di SKMM semalam (Khamis) dan kita lihatlah perkembangannya nanti. Saya harap laman web tersebut sudah disekat.

"Perkara ini serius apabila ada manusia-manusia yang sakit mental melibatkan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dalam aktiviti haram mereka," ujar Erra dipetik sebagi berkata.

Dalam pada itu, Erra percaya, pesalah yang melakukan perkara tersebut merupakan pesakit mental yang sentiasa berimaginasi buruk, biarpun kanak-kanak itu berpakaian lengkap.



"Sebagai ibu, Erra sudah tentu berasa terkejut, kecewa dan marah apabila foto anak saya bersama kanak-kanak lain di eksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Perkara ini bukan sebab kita muat naik gambar-gambar yang seksi sahaja, kalau gambar kanak-kanak itu berpakaian lengkap sekalipun mereka (suspek) ada imaginasi sendiri," jelasnya.



Bagaimanapun, katanya, pengajaran daripada perkara tersebut adalah untuk lebih berhati-hati dan pantau setiap gambar sebelum dimuat naik.

"Kita kongsi gambar dengan niat baik untuk berkongsi dengan peminat mengenai orang yang kita sayang. Kalau tak kongsi gambar anak nanti lain pula orang mengata.

"Jadi pengajaran di sini bukan saya sahaja tetapi orang lain juga perlu lebih berhati-hati. Saya sendiri tidak tahu dari mana mereka dapat gambar-gambar Aleesya itu dan sudah tentu bukan daripada saya," katanya.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: