27 June 2015

ISU GAMBAR BOGEL, SAYA SERAHKAN PADA POLIS - TASHA SHILLA



Tasha Shilla, 28, ketika ditemui media di majlis berbuka puasa anjuran AirAsia di Hotel Hilton berkata, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang dipercayai miliknya baru-baru ini.

"Saya sudah serahkan hal ini kepada pihak polis dan peguam saya. Laporan polis sudah dibuat pada 9 Jun lalu dan selebihnya di balai polis mana dan jam berapa tak perlu saya dedahkan.

Klik gambar untuk size besar




"Saya banyak mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak berkongsi mengenai hal ini kerana bimbang kenyataan dimanipulasi pihak tertentu.

"Peguam saya juga menyuruh merakamkan kenyataan yang diberikan oleh sesetengah pihak. Takut yang dicakap lain yang ditulis lain," ujar Tasha dipetik sebagai berkata.

Menurut Tasha, dia memilih untuk tidak mendedahkan terperinci apa yang dilaporkan dan dilalui. Baginya doa menjadi senjata terkuat untuk meneruskan kehidupan mendatang.



"Pastinya saya kecewa dengan mereka yang cuba menjatuhkan maruah saya. Ini bukan kali pertama saya terpalit kes yang boleh dikelaskan sebagai jenayah.

"Tapi biarlah susah senang saya tanggung sendiri. Soal sama ada saya disabotaj atau tak, saya sendiri pun tak tahu. Saya tak mati dek keji tak hidup dek puji.

"Apa terjadi ini buat saya kuat. Ini ujian untuk saya. Saya terima dengan penuh reda dan berserah. Keluarga juga sangat menyokong dan berada di belakang. Seperti saya keluarga juga kecewa," jelasnya.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: