26 June 2015

SAH PUTUS TUNANG DENGAN ADIRA - SHAHRUL NAFI CURANG



Dakwaan yang mengatakan Adira Suhaimi, 24 dan Shahrul Nasrun, 29, putus tunang itu adalah benar apabila hari ini Shahrul mengakui dirinya sudah putus tunang beberapa bulan yang lalu dan dalam masa yang sama memohon izin agar dia dan juga Adira mencari kabahagiaan masing-masing.

Mengenai dakwaan memikat Elizabeth Tan, Shahrul berkata yang dia berhubung dengan Elizabeth hanyalah atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.

"Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya.

Klik gambar untuk size besar




"Adira girlfriend saya… betul, kerana sewaktu itu belum bertunang. Kita harus bersangka baik. Saya pernah dilabel sombong, muka ketat sebelum ini. Mungkin sebelum mereka duduk mengenali saya," ujar Shahrul dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Shahrul juga tidak menyalahkan Elizabeth kerana memahami situasi tersebut dan menyifatkan mungkin Elizabeth panik dan tidak mahu ada kaitan.

"Sesiapa saja kalau dikaitkan tentang hubungan orang lain, akan cuba protect diri mereka. Saya tak salahkan dia. Mungkin ada salah faham. Saya mesra dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan bila soal kerja.



"Setakat ambil berat tanya makan dah atau sebagainya dalam perbualan kerja, saya rasa tak salah. Bahkan dengan staff saya yang lain saya layan mereka sama saja," jelasnya.

Dalam pada itu, Elizabeth Tan menafikan dirinya menjadi punca kenapa Adira dan Shahrul putus tunang.

Menurut Elizabeth, Shahrul Nasrun sendiri yang memulakan langkah untuk mendekatinya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.

"Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back.

"Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya," kata Elizabeth.



         ________________________




No comments: