26 June 2015

IZZUE ISLAM NAFI ISTERI BUAT KECOH DI LOKASI



Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, menafikan bahawa isterinya, Awin membuat kekecohan di lokasi penggambaran dengan meminta penggambaran dihentikan akibat tidak berpuas hati babak bersentuhan suaminya dengan pelakon wanita.

Menurut Izzue, apa sahaja yang berlaku ketika di set penggambaran adalah atas arahan pengarah dan mengikut skrip yang sudah dipersetujui bersama.

"Awin tidak pernah minti hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui.

Klik gambar untuk size besar




"Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai," ujar Izzue dipetik sebagai berkata.

"Isu ini tidak perlu timbul lagi kerana semua pihak sudah jelas dan apa-apa tawaran selalunya mereka sudah maklum tentang syarat itu, barulah kami setuju," ujar Izzue dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin, 33, pula berkata, dia kesal dengan tuduhan sedemikian dan mengakui sukar baginya untuk menjelaskan perkara tersebut kepada pihak-pihak lain.



Jelasnya, status sebagai pengurus yang juga isteri kepada Izzue membuatkan orang beranggapan lain.

"Orang terus bercakap tentang perkara ini kerana mereka melihat saya yang bercakap tentang syarat itu kepada produser. Kalau saya bukan isteri dia atau saya pengurus dia sahaja mungkin orang akan faham dan boleh terima," jelasnya.

Bagaimanapun Awin berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya mengurus suaminya itu biarpun sering ditomah dengan pelbagai tanggapan negatif.



         ________________________




No comments: