Gambar anak lelaki Harith Iskander yang berusia tiga tahun bersama gambar kanak-kanak lain, telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak, dipercayai dari Malaysia.
Menurut Harith, dia menyedari perkara tersebut pada pagi Rabu ketika mendapat notifikasi 'Google Alert' menerusi emel pada Rabu.
"Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.
Klik gambar untuk size besar

"Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan.
"Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti 'porn' dan 'seks'. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia.
"Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel," ujar Harith dipetik sebagai berkata.

Selain anak Harith, laman web tersebut turut mengandungi gambar anak Erra Fazira dan Tomok.
"Saya tidak tahu apa niat mereka untuk membuat ini. Satu tidak tahu sama ada mereka mahu menggunakan nama saya 'Harith Iskandar' untuk meningkatkan 'pageviews' atau ia mungkin ada unsur pedofilia," jelasnya.
Tambah Harith, dia akui tidak layari laman web berkenaan dalam tempoh yang lama kerana jijik dengan laman web berkenaan dan dia ada yang memberitahu beliau jangan meletakkan gambar anak-anak di media sosial, namun beliau berkata perkara berkenaan tidak boleh dielak di zaman sekarang

"Isteri saya pun sama jijik dan meluat dengan laman web berkenaan.
"Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka.
"Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain boleh membuat laman web yang lain. Ada sahaja orang yang sakit di luar sana," tambahnya.

Berhubung perkara itu, Harith akan membuat laporan polis dan laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa yang terdekat.
"Sememangnya saya mahu laman web lucah itu diturunkan serta-merta," katanya.
Selain itu, dia juga akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada 10 pagi, Khamis.

________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment