25 June 2015

ADIRA & SHAHRUL PUTUS TUNANG?



Baru-baru ini, sebuah akhbar menerusi kolum seorang wartawan telah menyatakan khabar angin kononnya Siti Adira Suhaimi, 24, dan tunangnya Shahrul Nasrun Kamarudin, 29, sudah pun putus tunang.

Kakak Adira, Edayu Suhaimi berkata, dia tidak terkejut dengan berita ini tetapi dia tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan selagi tuan punya badan iaitu Adira tidak membuat apa-apa pengesahan mengenai perkhabaran itu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya rasa lebih baik tanyakan sendiri pada tuan punya badan. Saya rasa tak elok untuk saya komen atau berikan sebarang kenyataan selagi Adira sendiri tidak membuat apa-apa pengesahan mengenai khabar angin ini.

"Namun, apa yang boleh saya katakan saya tidak terkejut, itu sahaja," ujar Edayu dipetik sebagai berkata.



Apabila ditanya bagaimana keadaan Adira sejak akhir-akhir ini, Edayu memberitahu adiknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Saya ada jumpa dia baru-baru ni, saya lihat dia biasa sahaja seperti tiada masalah pun," jelasnya.



         ________________________




No comments: