Pada Isnin lalu, Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan menangkap foto sendiri (selfie) selepas solat ataupun solat Tarawih di masjid dan memuat naik ke media sosial dengan niat untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak disifatkan boleh menghapus pahala ibadah seseorang.
Kenyataan Noh Gadut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah Johan As’ari yang kini sedang mendalami ilmu agama di negara India. Johan dalam foto terbaru beliau di Instagram mempersoalkan selain merasa pelik kenapa perbuatan selfie mampu menghapuskan pahala seseorang.
Klik gambar untuk size besar

"Pelik Pulak ana bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim di Malaysia.. hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie.. mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas... tak apa lah.. kita husnuzon... oh, btw this is Siraj my pal from New Zealand. keep smiling brothers and sisters... perkara riak ALLAH s.w.t. boleh maafkan lagi, jangan sombong sudah... setuju?," ujar Johan di laman IGnya.
Pandangan dan cara seseorang dalam menyampai sesuatu mesej itu amat berbeza. Selfie itu tidak salah tapi ia bergantung pada niat seseorang.

________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment