25 June 2015

RANCANG TUNANG DISEMBER INI - ALIFF AZIZ INGIN BERUBAH



Hampir enam bulan menjalin hubungan dengan Bella Astillah, Aliff Aziz merancang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang seterusnya.

Aliff juga berkongsi yang mereka sudah saling berjumpa dan mengenali keluarga masing-masing.

"Saya mengenali Bella sudah hampir tiga tahun. Tetapi saya hanya mulai rapat dengan Bella pada akhir tahun lalu, selepas kami bejumpa di sebuah acara. Dari situ, saya mulai berkawan dan rapat. Mengenali dirinya, Bella merupakan seorang gadis yang sangat baik dan memahami saya. Dia juga tidak gagal memberi sokongan buat saya.

Klik gambar untuk size besar




"Dalam masa terdekat, saya mahu fokus kepada promosi album terbaru saya. Bella pula masih lagi belajar dan pengajiannya bakal tamat pada April tahun hadapan. Insya-Allah jika jodoh kami panjang, kami merencana untuk bertunang pada bulan Disember ini," ujar Aliff dipetik sebagai berkata.

Bercakap mengenai perkahwinan pula, Aliff berkata yang dia belum fikirkan lagi kerana dia mahu fokus kepada permulaan semula kerjayanya dan dia juga mahu Bella tamat belajar dahulu.

"Perkara yang baik semestinya akan Allah bantu jika niatnya betul, Insya-Allah," jelasnya.

Mahu meninggalkan segala kisah silam yang pahit, Aliff berusaha untuk berubah dalam menjadi insan yang lebih baik.



"Saya mahu biarkan kisah-kisah lama saya. Tuhan memberi peluang kepada saya dan saya enggan sia-siakan peluang yang ada. Saya tak mengaku yang sekarang saya sudah jadi orang yang baik, tetapi saya sedang berubah sedikit demi sedikit, ke arah yang lebih baik. Saya berubah dengan ikhlas, bukan sebab orang lain, tetapi kerana diri saya sendiri," kata Aliff.

Mengenai perkembangan terbarunya, Aliff baru sahaja merakamkan sebuah lagu raya lama yang diberi nafas baru, Suara Takbir bersama Nabil Nazmi dan tiga orang bintang AF2014, Ziha, Wawa dan Nina, eksklusif untuk Astro Gempak. Aliff juga kini sedang giat dalam rangka promosi album terbarunya yang berjudul Rebirth.

"Menerusi album tersebut, ia terkandung lapan buah lagu dan saya juga dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Panjisakti, Faizal Tahir, Mike Chan dan banyak lagi. Kini saya sedang mempromosikan single pertama saya yang berjudul Selayaknya Aku," tambahnya.













         ________________________




No comments: