Berikutan dari penyembaran gambar selfie separuh bogel yang dikatakan mirip Tasha Shilla yang tersebar di media sosial minggu lalu, sehingga kini Tasha masih belum memberi kenyataan berhubung perkara itu biarpun dikecam hebat daripada pelbagai pihak.
Ratu rock negara, Ella, 48, yang pernah lalui perkara sama memberi nasihat buat pelakon tersebut.
Ella berkata perkara itu sangat serius dan jika ia merupakan fitnah, pelakon tersebut perlu membuat laporan polis dengan segera.
Klik gambar untuk size besar
"Benda itu sangat mengaibkan. Kalau benda itu salah, buat saja laporan polis kerana itu jalan yang terbaik. Tasha jangan risau kalau betul gambar itu satu fitnah. Saya percaya awak akan menerima ganjaran yang lebih besar dari itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Pada 2007 Ella dan kakaknya, Jojie pernah melalui detik hitam selepas satu video kelakuan sumbang kononnya dilakukan di atas kapal dikatakan milik mereka berdua tersebar.
Kes tersebut kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis dan individu bertanggungjawab melakukan video itu telah pun dikenakan hukuman.
Sementara itu, Jojie, 50, turut memberikan kata-kata semangat buat Tasha dan berharap aktres itu tabah mengharungi dugaan tersebut.
"Tasha tabahkan hati dan jika gambar itu bukan milik awak, tidak perlu risau serta banyakkan doa kepada Allah. Dulu kami ada buat laporan polis dan mereka cari sampai ke lubang cacing. Polis berjaya menahan individu terbabit tetapi kami tidak mahu sebarkan kerana akan mengaibkan dia pula. Hanya Allah yang dapat membalas.
"Nasihat Ella dan Jojie itu ada betulnya, jika Tasha Shila terus menyepikan diri dan enggan melakukan sebarang tindakan atas isu ini pasti ia akan terus berpanjangan. Kalau diri anda tidak salah terus laporkan pada pihak polis tidak perlu lagi tunggu lama-lama," katanya.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment