02 June 2015

ISU GAMBAR : 'ORANG BUTA SAHAJA TAK BOLEH BEZA' - CHE TA



Meskipun dikecam, namun Rozita Che Wan tidak terkesan dengan pelbagai andaian segelintir pihak yang menuduh dirinya 'memakai seluar atau skirt pendek' ketika sedang bercuti di London kelmarin.

Bila diajukan soalan oleh wartawan, Rozita pantas menjawab, "Kamu belum tanya saya sudah jawab."

"Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung.

Klik gambar untuk size besar




"Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.

"Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja," ujar Rozita dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, isu itu juga tidak sedikitpun mengganggu percutiannya bersama suami tersayang, Zain Saidin dan dua anaknya, Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana.




Foto: Rozita IG
Sumber: BH



         ________________________




No comments: