Fahrin Ahmad mengakui dirinya kesunyian kerana ketiadaan isteri di sisi. Ini kerana pekerjaan isterinya, Elena Hani selaku ketua pramugari di Dubai yang membuatkan mereka terpaksa tinggal berjauhan dan hanya bertemu sekali setiap 2 minggu.
"Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai.
Klik gambar untuk size besar
"Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini.
"Kalau dulu, apa-apa keputusan saya akan buat sendiri. Tetapi sekarang, walaupun dia duduk jauh, saya tetap teringatkan dia.
"Beli barang-barang runcit juga saya akan memikirkan Elena. Kita tahu sekarang ini, pergi mana-mana pun, kita sudah ada tanggungjawab antara satu sama lain," ujar Fahrin dipetik sebagai berkata.
Dalam pada itu Fahrin berkata, dia tidak sabar untuk melalui pengalaman berpuasa bersama memandangkan selama ini dia sering sendirian terutamanya ketika berbuka puasa.
"Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian. Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha...," jelasnya.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment