17 June 2015

MANIS BERTUDUNG - AMBER CHIA AZAM PUASA PENUH RAMADHAN INI



Walaupun Amber Chia bertudung hanya atas urusan kerja, Amber kelihatan manis bila memakainya. Penampilan berhijabnya mendapat reaksi yang positif dari netizen terutamanya umat Islam.

Dengar cerita Amber nak puasa penuh pula untuk Ramadhan tahun ni? Hurm.. Adakah Amber akan ikut jejak Felixia Yeap?

Klik gambar untuk size besar




Menariknya, Amber sendiri mengakui dirinya rasa lebih tenang dan lengkap apabila bertudung. Walaupun dirinya seorang 'free thinker', ia tidak menghalang Amber untuk merasai sendiri pengalaman bertudung seperti penganut Islam yang lain. Walaupun ada yang memberi komen negatif, bagi kami ini adalah satu permulaan yang baik.

"Saya rasa sangat tenang bila memakai tudung tetapi bila buka tudung, saya rasa macam kosong. Bila saya bertudung, membuatkan saya lebih memahami agama dan budaya Islam. Ramai juga yang puji, kata mereka saya lebih cantik bertudung.

"Saya pun rasa betul dan kelihatan cantik bila bertudung. Lagipun apabila bertudung, kita tak perlu lagi nak susah-susah dandan rambut, kan.



"Sebagai rakyat Malaysia di mana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, saya kira tidak salah jika saya sendiri mengalami pengalaman setiap agama di negara ini. Walaupun, saya seorang free thinker tapi saya suka dan sentiasa ingin belajar mengenai semua agama dan budaya.

"Ada kawan-kawan luar negara yang bertanya kepada saya beberapa perkara dan mempersoalkan kenapa saya pakai tudung dan saya terangkan pada mereka yang saya mahu rasa sendiri pengalaman bertudung.

"Pada saya, individu bukan Islam memakai hijab atau tidak merupakan satu pilihan. Sewaktu pertama kali saya berkongsi di Facebook gambar saya bertudung, saya menerima hampir 1,000 komen dan rata-ratanya komen positif.



"Walaupun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dan cuba mengaitkan dengan agama tetapi saya harap saya akan terus menerima banyak lagi komen positif," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Memandangkan bulan Ramadhan pada Khamis ini, Amber Chia berazam ingin berpuasa penuh pada kali ni. Menurut Amber, dua tahun lepas Amber pernah rasa pengalaman sendiri berpuasa tetapi hanya 10 hari je.

"Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan. Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.



"Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.

"Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur," jelasnya.

Selamat berpuasa kami ucapkan buat Amber dan semoga azamnya untuk berpuasa penuh kali ini tercapailah hendaknya.





         ________________________




No comments: