16 June 2015

YATT HAMZAH BAKAL JALANI IBADAH PUASA DI MEKAH



Kebahagiaan Yatt Hamzah sekeluarga tidak terhenti disitu, malah lebih bermakna apabila tahun ini mereka tiga beranak diberikan kesempatan menunaikan umrah sekaligus menyambut Ramadan di tanah suci Mekah.

Ini merupakan umrah kali ketiga bagi Yatt tetapi pertama kali ketika Ramadan. Sementara, bagi Mutalib dan Suci merupakan umrah kali kedua mereka.

Katanya, dia memang sudah lama memasang impian mahu menyambut dan berbuka puasa di depan Masjidil Haram.

Klik gambar untuk size besar




"Sebenarnya ia perancangan spontan, saya yang ajak suami ke sana sebab memang sudah lama saya teringin sangat mahu menyambut Ramadan di sana, berbuka dengan kurma dan air zam-zam di depan Masjidil Haram.

"Walaupun pada mulanya proses untuk ke sana agak mustahil sebab kalau kita mahu buat umrah pada bulan Ramadan, kosnya dua kali ganda dan proses seperti visa juga sukar diperolehi dengan cepat tetapi alhamdulillah segala urusan kami berjalan lancar.

"Insha Allah, sempena Ramadan ini saya mahu cari keredhaan-Nya. Mudah-mudahan umrah ini akan mengakrabkan lagi ikatan kami sekeluarga.



"Walaupun berpuasa, ini juga kira 'honeymoon' saya dan suami" ujar Yatt dipetik sebagai berkata.

Mengenai perkembangan lain, Yatt kini telah melebarkan sayapnya dalam perniagaan dengan pembukaan cawangan butiknya yang ke-3 Suci di Wangsa Melawati kelmarin.

Sungguhpun begitu, Yatt menyatakan dia juga berdepan masalah cetak rompak jenamanya. Mengakui ianya sukar dibendung, dia hanya menyerahkan kepada rezeki.



"Tak dinafi, persaingan hebat tambahan kini semakin banyak rekaan di pasaran. Saya juga berdepan situasi jenama saya ditiru.

"Saya pernah cuba mengekangnya tetapi gagal sebab luar kawalan saya. Jadi saya hanya berserah dan percaya pada rezeki Allah," jelasnya.

Sementara itu, Yatt turut berkata bahawa hasil wang perniagaannya itu turut didermakan kepada umat Islam di Palestin bersempena Ramadhan ini.

"Saya membantu umat Islam di Palestin dengan mendermakan sedikit hasil daripada penjualan shawl dan alhamdulillah ianya memberangsangkan dan ini juga untuk mendapat keberkatan daripada Allah," katanya.



         ________________________




No comments: