10 June 2015

SAYA PERNAH DIMNTA BUKA TUDUNG SEMASA AWAL KARIER - YUNA



Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna mendedahkan melalui Newsweek, di awal penglibatannya di dalam bidang nyanyian di negara luar, dia pernah diminta oleh pihak pengurusannya di Amerika Syarikat, agar menanggalkan tudungnya.

Namun dia enggan berbuat demikian kerana ingin mengekalkan identitinya sebagai wanita muslimah.

"Ketika di awal karier saya, ketua syarikat rakaman pernah memberitahu saya – kamu mungkin perlu menanggalkan tudung – tapi tudung ialah identiti saya. Saya telah diminta untuk tanggalkan apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa yang saya suka”

Klik gambar untuk size besar




"Dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Perlahan-lahan, saya belajar untuk mengatakan – tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya," ujar Yuna dipetik sebagai berkata.

Perkembangan terbaru Yuna, dia akan membuat persembahan pada Festival Women of the World (WOW) di Harlem, New York pada 11 sehingga 14 Jun.





         ________________________




No comments: