24 June 2015

SAYA PEROLEH TENAGA LUAR BIASA KETIKA BERPUASA - SOO WINCCI



Sempena bulan Ramadan ini, penyanyi dan pelakon Soo Wincci juga tidak ketinggalan untuk turut berpuasa dan bangun bersahur.

Menurut Wincci, dia tidak menjadikan amalan berpuasa dilakukannya sebagai alasan untuk dia tidak bergiat aktif menjalani aktiviti hariannya yang sentiasa padat.

Malah amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga luar biasa termasuk dia lebih teliti dalam melakukan perancangan dan berfikiran tajam ketika membuat sesuatu keputusan.

Klik gambar untuk size besar




"Kebiasaanya saya tidak mengambil makanan berat waktu sahur tetapi ia mestilah yang berkhasiat.

"Apa yang penting adalah buah kurma kerana khasiat di dalamnya mampu membekalkan tenaga untuk sepanjang hari.

"Puasa bukanlah pengahalang kepada saya untuk bergerak aktif kerana setiap kali Ramadan, saya sentiasa rasa ada tenaga luar biasa dan lebih fokus dalam melakukan sesuatu," ujar Wincci dipetik sebagai berkata.



Selain dua biji kurma, Wincci juga turut menjamah makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur separuh masak ketika waktu bersahur.

Dalam pada itu, Wincci berkata, bagi memastikan dapat berpuasa dengan lancar dia akan memastikan dapat bangun sahur dan berhenti makan sebelum masuk waktu Subuh.

Wincci berkata, selain makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur separuh masak, dia akan memastikan turut menjamah dua biji buah kurma.



"Kebiasaannya saya tidak mengambil makanan berat waktu sahur tetapi ia mestilah berkhasiat.

"Paling penting adalah buah kurma kerana khasiat di dalamnya yang membekalkan tenaga untuk sepanjang hari," katanya.

Tambah Wincci, puasa kali ini memberikan sedikit cabaran kepadanya kerana membuat pengambaran untuk drama bersiri The Injustice Strangers dalam keadaan cuaca yang panas terik.



"Memang rasa seperti hendak pengsan tetapi saya tidak mahu mengalah kerana menganggap itu adalah cabaran buat diri saya.

"Saya berazam untuk berpuasa penuh seperti tahun sebelum ini," jelasnya.

Disamping itu, Wincci juga begitu gembira kerana peminatnya sentiasa memberikan kata-kata semangat menerusi akaun Instagramnya supaya sentiasa tabah mengharungi dugaan berpuasa.

"Tiga tahun sebelum ini ramai yang mempertikaikan tindakan saya tetapi masuk tahun ini saya terima pelbagai kata-kata galakan daripada mereka.

"Malah rakan-rakan bukan Muslim juga turut menyokong dan ada yang mencuba berpuasa selepas melihat saya berjaya melakukannya," tambahnya lagi.



         ________________________




No comments: