24 June 2015

VIDEO - MAT SALLEH KENA MAKI DENGAN PENIAGA BAAZAR RAMADHAN



"Baru Berniaga Baazar Dah Jadi Gangster"

Demikianlah kritikan netizen terhadap beberapa peniaga Baazar Damansara Damai yang berlakuan kasar terhadap dua lelaki Mat Salleh pada petang semalam.

Dalam kejadian itu, dua lelaki Mat Salleh berpakaian kemas itu dikasari oleh beberapa peniaga Baazar Ramadan Damansara Damai, sehingga berlaku adegan tolak menolak menyebabkan dua lelaki berkenaan terpaksa beredar kerana tidak mahu bertambah buruk.

Klik gambar untuk size besar




Difahamkan, dua lelaki berkenaan pada mulanya mahu mengeluarkan kereta mereka dari tapak baazar. Namun terhalang apabila peniaga baazar telah membuka khemah mereka di sekeliling kawasan kereta tersebut.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan cuba meminta peniaga terbabit memberikan laluan. Malangnya tidak dilayan dan diherdik sehingga adegan tolak menolak kerana peniaga terbabit berang dua lelaki itu didakwa cuba menganggu mereka dari berniaga. Video yang berdurasi selama 57 saat itu telah menjadi viral di laman sosial.

Pengguna laman sosial Facebook, Awaina Arbee berkata, "Tunjuk gangster ngan mat saleh. Where’s your ramadhan spirit la? Sabaq lah sikit hang ni pun."

Manakala seorang lagi pengguna Facebook, Illiyin Abd Latif berkata, "I don’t know what happened but i pity those guys kena tolak2. Seriously, menjerit tak menyelesaikan masalah."

Video yang berdurasi selama 57 saat itu telah menjadi viral di laman sosial.

Di dalam video tersebut menunjukkan beberapa peniaga mengamuk serta melemparkan kata-kata kesat kepada dua warga asing itu.



ATAU KLIK DISINI



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...