23 June 2015

SEKOLAH TAHFIZ DIIKTIRAF JAIS - AMY SEARCH LUAH RASA SYUKUR



Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, meluahkan rasa syukur apabila operasi sekolah tahfiz, Al-Bayan School of Quran & Hadith miliknya di Sungai Buloh diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pemberian sijil bagi mengesahkan operasi sekolah berkenaan telah berlangsung di pejabat jabatan itu di Shah Alam pada Isnin.

Menurut Amy, dengan adanya sijil tersebut ia dapat memudahkan lagi pengendalian sekolah tahfiz berkenaan terutamanya dalam mendapat kepercayaan orang ramai.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, Jais mempermudahkan niat saya untuk terus memperkukuhkan sekolah tahfiz ini.

"Dengan adanya sijil daripada pihak mereka, orang ramai akan lebih mempercayai penubuhan sekolah ini yang bertujuan mendidik anak-anak menghafal Al-Quran dan Hadis," ujar Amy dipetik sebagai berkata.

Sekolah tersebut menerima sijil penubuhan sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di pejabat Jais dekat sini pada pagi Isnin.

Al-Bayan School of Quran & Hadith yang dibuka sejak awal tahun lalu merupakan sebuah sekolah yang mengkhususkan pelajar daripada kalangan kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 15 tahun.



Selain menghafal Al-Quran dan Hadis, mereka turut diajar Bahasa Arab selain pelajaran asas seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Tambah Amy, sehingga kini, seramai 18 pelajar yang mendaftar di sekolah berkenaan dan dia merancang untuk memperbesarkan lagi sekolah tahfiz tersebut pada tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Amy dan keluarganya bakal mengerjakan ibadah Umrah pada 7 Julai depan.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...