Walaupun kita nampak Norman Hakim berbadan sado, namun dalam hati Norman ada sudut kelembutan dan kasih sayang. Ini kerana anak perempuannya, Marissa Dania Hakim pagi-pagi ni dah buat Norman sebak.
Menerusi laman IG Norman, dia telah memuat naik sekeping gambar anaknya sedang memegang Muqaddam beserta kapsyen perbualannya bersama Dania.
Klik gambar untuk size besar
"Si cantik manis papa Marissa Dania Hakim buat mata papa 'masuk habuk' jew pagi-pagi nih...
Dania: Papa.. papa tawu tak adik Iqra pakai apa sekarang?
Papa: Mesti la pakai Iqra cayang...
Dania: Papa tengok adik pakai apa eh (sambil bawak keluar something dari zip depan beg)... Jeng!!! Adik pakai.. aaa... Muqaddam! Haa... Muqaddam papa masa papa darjah empat dulu... hehhehe... boleh ye pa?
Papa: Allahuakbar dikkk! Adik dapat kat mana Muqaddam papa ni?!
Dania: Adik jumpa kat rumah Tok Mak masa pergi Kuantan hari tu... Adik cantik2kan tampal selotape, lepas tu mana yang renyok, adik gosok.Cantik tak pa?
"Masha Allah! Terkedu saya. Hiba pun ye, happy pun ye. Muqaddam yang saya pakai masa darjah 4! Saya ambik, saya junjung, saya cium Muqaddam tu... otomatik baunya imbas balik momen 29 tahun lepas, masa saya Darjah 4 dulu (1986), sama darjah macam Marissa Dania Hakim sekarang.
Papa: Pakailah cayang... doa papa, roh papa, restu papa akan selalu ikut adik dalam Muqaddam ni...
Dania: Tq papa…!
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment