22 June 2015

SUAMI SAYA TAK GEMAR MAKANAN BELI TAPI RAJIN MASAK DI RUMAH - ALYAH



Kebanyakan muslim di negara ini akan memilih untuk membeli juadah berbuka puasa di mana-mana bazar Ramadan ataupun memasak di rumah. Namun lain pula bagi Datin Alyah dan keluarganya yang suka menjadikan amalan berbuka puasa di masjid sebagai rutin sepanjang Ramadan.

Menurut Alyah, ketika ini dia memperlahankan aktiviti seni untuk mengambil peluang berpuasa bersama keluarga sekaligus memperbanyakkan ibadah seperti solat Terawih di masjid.

"Setelah hampir sembilan tahun setiap kali bulan puasa jadual saya tetap sibuk dengan aktiviti seni tetapi pada tahun ini, saya relaks sikit dan memperlahankan aktiviti seni. Saya mahu ambil peluang sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah puasa dan berterawih bersama keluarga.





"Ibu dan ibu saudara saya akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dalam minggu ini. Jadi, sementara mereka kini berada di rumah, saya memang banyak meluangkan masa dan sama-sama mengambil keberkatan bulan yang mulia ini.

"Kalau berbuka, kami sekeluarga biasanya akan berbuka di masjid. Sebenarnya, amalan berbuka di masjid saya pernah lakukan ketika kanak-kanak dulu.

"Selain itu, saya juga pernah rasai pengalaman berbuka di Masjidil Haram ketika ke Tanah Suci beberapa tahun lalu.



"Bila kita berbuka di masjid ia menjadi satu pengalaman berbeza dan menyeronokkan. Tidak kira siapa atau apa status kita, apabila waktu ambil juadah dan duduk untuk berbuka semuanya dilayan sama dan ini dapat mengeratkan silaturahim anatara satu sama lain.

"Selepas berbuka kita boleh terus tunaikan solat jemaah Mahgrib dan Terawih beramai-ramai. Jadi, pada tahun ini tidak sangat pergi ke bazar Ramadan sebab memang menjelang mahgrib, saya bersama suami dan ibu juga ibu sauadara saya akan ke masjid berdekatan rumah kami," katanya ketika ditemui Malaysian Digest baru-baru ini," ujar Alyah dipetik sebagi berkata.

Apa yang lebih menariknya lagi apabila ketika bersahur, suaminya Datuk Ramli MS orang yang paling rajin memasak juadah untuk mereka sekeluarga seperti menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.



"Saya memang kena bersahur sebab saya ada gastrik, jadi kena makan tetapi suami saya yang akan masak juadah sahur. Lagipun, dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak.

"Kalau makanan yang kita beli di kedai apatah lagi bazaar, dia tidak suka. Kalau dia nak pun juadah seperti mutabak Singapura, itu pun kena pergi beli di Singapura manakala kalau nasi beriani gam kena beli di Batu Pahat.

"Jadi, memang selalunya dia ambil tugas masak untuk kami sekeluarga dan saya dengan bangganya akan ambil tugas mencuci pinggan," jelasnya.



         ________________________




No comments: