20 July 2015

ANAK SENDIRI - SITI NURHALIZA MASIH BERHARAP



"Kami sentiasa berdoa semoga kebahagiaan yang dikecapi ini akan kekal ke Jannah. Siti nak jadi bidadari kepada dia buat selama-lamanya. Semoga suatu hari nanti saya akan dikurniakan cahaya mata sendiri biarpun sudah memiliki anak daripada perkahwinan isteri yang terdahulu.

"Andai tiada rezeki untuk saya melahirkan anak sendiri pun, saya reda. Malah, saya dan suami ada cakap-cakap apabila tua nanti kami nak tinggal di Tanah Suci Makkah. Insya-Allah," demikian kata Datuk Siti Nurhaliza mengenai soal zuriat.

"Insya-Allah, Tuhan maha mendengar. Apa yang terbaik untuk kami berdua... kami terima dengan hati terbuka," ujar Datuk K pula.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, tahun ini (pada Ogos) genaplah sembilan tahun usia perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K).

Pendedahan terkini itu dibuat pasangan ini pada program kembara Romantika Raya, yang disiarkan Astro Ria semalam, yang membabitkan lokasi menarik di Turki.

Mereka berdua dilihat cukup romantis melawat beberapa tempat menarik seperti menaiki belon panas di Cappadocia, singgah ke gereja bertukar masjid di Hagia Sophia dan menaiki kapal merentasi Bosphorus.

"Siti memang suka makan. kadang kadang makanan saya tak habis... dia tolong habiskan," seloroh Datuk K mengenai persoalan membabitkan makanan kegemaran mereka berdua.







Sumber: BH



         ________________________




No comments: