Marsha Milan Londoh, 30, mengakui dirinya tidak serik untuk bercinta dengan jejaka Melayu walaupun sudah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini.
Dia yang kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka Melayu berusia 28 tahun yang dikenalinya sejak setahun lalu memilih untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut.
Menurut Marsha, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan cintanya kerana sudah cukup banyak perihal peribadinya di kongsi bersama umum.
Klik gambar untuk size besar
Dalam perkembangan lain, Marsha kini sedang memberi tumpuan pada perniagaannya iaitu Marsha Milans.
Jenama itu memfokuskan kepada aksesori wanita dan sebagai permulaan, dia memperkenalkan koleksi cekak kepala yang menggunakan corak batik.
Sumber: BH
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment