16 July 2015

BAKAL BERAYA DI KAMPUNG SUAMI - ALYAH AKUI RASA KEKOK



Syawal tahun ini pasti membawa makna dan erti yang cukup besar buat penyanyi Datin Alyah apabila bakal menyambut raya bersama keluarga suaminya, Dato’ Ramli MS di Singapura.

Menurut Alyah, dia berasa agak berdebar dan kekok untuk berjumpa dengan keluarga besar besar suaminya itu.

"Saya memang pernah berjumpa dengan keluarganya sebelum ini tetapi belum pernah lagi berpeluang untuk beraya bersama mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Terus-terang memang agak berdebar. Rasa macam nak ambil peperiksaan pun ada. Begitulah perasaan yang saya alami sekarang ni.

"Yelah saya bakal berjumpa dan beraya dengan keluarga besarnya pulakan. Jadi tak tahu bagaimana keadaanya nanti. Saya harap segalanya akan berjalan dengan lancar," ujar Alyah dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, Alyah dan Ramli MS bakal mengambil peluang bercuti raya ke kampung suaminya di Singapura hanya 2 hingga 3 hari sahaja sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

Berbeza dengan keluarganya, Alyah memberitahu keluarga Ramli akan memasak asam pedas di pagi Syawal sebagai juadah raya mereka sekeluarga.

"Menurut Dato’ (Ramli MS), di kampungnya, mereka tidak biasa masak juadah seperti ketupat redang dan sebagainya sebaliknya mereka akan makan nasi dengan lauk pauk seperti asam pedas.

"Setahu saya mereka akan memecah tradisi masyarakat Melayu di pagi Raya yang selalunya akan sediakan juadah ketupat dan rendang. Lagipun sudah pasti aka nada tetamu yang bosan dengan juadah raya yang sudah biasa disediakan di rumah orang lain yang dikunjungi.

"Malah asam pedas itu memang kegemaran Dato’ dan dia pasti akan minta ibunya yang masakkan," jelansya.



         ________________________




No comments: