16 July 2015

TAHUN KE-3 BERAYA BERSAMA KELUARGA AKIM - STACY RASA TERUJA



Kedatangan Syawal memang sentiasa dinantikan buat penyanyi Stacy terutama untuk menyambut hari yang cukup mulia itu bersama keluarga Akim Ahmad yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Stacy beraya bersama keluarga Akim.

Menurut Stacy, sudah menjadi kebiasaannya buat dia dengan ibu Akim untuk akan berada di dapur pada pagi Syawal bagi menyediakan juadah hari raya yang akan disajikan untuk seluruh keluarga.

Klik gambar untuk size besar




"Setiap pagi Syawal saya pasti akan berasa teruja dan seronok untuk masuk di dapur bersama ibu Akim. Setiap pagi seperti biasa ibu Akim akan sibuk menyediakan juadah untuk mereka sekeluarga dan tetamu yang datang. Jadi saya akan cuba membantunya apa yang patut.

"Dalam banyak-banyak juadah yang disediakan di pagi Raya, saya paling suka juadah raya yang popular di Johor iaitu Burasak.

"Selain itu, aktiviti pagi raya yang saya suka buat adalah menolong ibu Akim masukkan duit ke dalam sampul raya untuk diberikan kepada kanak-kanak yang datang beraya," ujar Stacy dipetik berkata.



Stacy turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga Akim turut menyambut baik kehadirannya setiap kali Syawal. Malah dia juga turut disediakan baju raya sedondon dengan mereka sekeluarga.

"Apa yang seronoknya menyambut Raya bersama keluarga Akim adalah kerana ibunya melayan saya seperti saya ni sama macam anaknya yang lain.

"Malah seperti setiap tahun saya beraya bersama mereka, ibunya pasti akan menyediakan saya baju kurung dengan rona yang sama bersama dengan ahli keluarga mereka. Saya amat teruja kerana tahun ini bakal mengayakan baju raya rona sedondon dengan Akim iaitu emerald green," jelasnya

Sementara itu, Akim turut gembira kerana tahun ini dia sekali lagi beraya bersama Stacy dan bakal membawa kekasihnya itu berhari raya bersama keluarga di rumah saudara-maranya.

"Saya gembira selama tiga tahun ni Stacy dapat beraya bersama-sama dengan saya. Paling teruja apabila dapat membawa Stacy ikut sama beraya ke rumah saudara-mara untuk mengeratkan silaturrahim," katanya.

Difahamkan, Stacy bakal bercuti dan beraya di rumah keluarga Akim selama kurang seminggu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.



         ________________________




No comments: