03 July 2015

BEDAH LUTUT KIRI - ZAIN SAIDIN SAMBUT AIDILFITRI DENGAN BERTONGKAT



Suami kepada Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin kini terpaksa bertongkat selama lebih sebulan selain dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan gara-gara sakit lutut.

Semuanya bermula apabila Zain bermain futsal beberapa hari sebelum Ramadan dan telah mengalami kesakitan dibahagian lututnya.

Seterusnya, Zain telah dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Damansara, Jumaat lalu apabila lutut kirinya semakin sakit. Doktor yang membuat pemeriksaan telah mendapati ligamen lutut kiri Zain terkoyak dan pelakon itu harus menjalani pembedahan dengan segera.

Klik gambar untuk size besar




“Doktor menasihatkan saya, jika mahu segera sembuh ia perlu konsisten selama tiga bulan. Setiap kali rawatan mengambil masa dua jam,” ujar Zain dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, kos pembedahan Zain dibayar oleh polisi PruBSN Takaful yang menelan belanja kira-kira RM 35 ribu.

"Once broken considered sold so broke a ligament now I have to pay," kata Zain dengan nada berseloroh.



Sementara bagi Che Ta pula, dia mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak mengganggu persiapan Aidilfitri mereka.

“Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti.

"Bagaimanapun, saya tidak menghalang dia untuk terus bersukan, namun berharap agar dia memilih sukan yang kurang mendatangkan kecederaan," tambah Che Ta yang baru-baru ini telah menempah sejumlah 60 pasang baju untuk kegunaan keluarganya di Hari Raya.







         ________________________




No comments: