Ketika kontroversi ini sedang panas membara, Azhar Sulaiman turut tampil memberikan pendapatnya. Bagi Azhar, Azwan Ali atau Diva AA ini terlalu kasar dengan orang awam.
Mengenai teguran Azhar, Azwan berkata yang dia tidak setaraf dengan Aaron Aziz, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Siti Nurhaliza untuk menegurnya. Dia sepatutnya menghormatinya kerana dia sudah lama berada dalam industri ini.
"Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?
Klik gambar untuk size besar
"Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.
"Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?" ujar Azwan dipetik sebagai berkata.
Selain itu, susulan dengan isu Astro Awani pula, Azwan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu tindakan biadab.
"Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadab.
"Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak?
"Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?" jelasnya.
Apa pun kami harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang elok dan dalam kadar yang segera.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment