09 July 2015

DEMI ANAK - DYNAS MOKTHAR MASIH KEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN BEKAS SUAMI



Bila sebut pasal penceraian, pasti akan ada episod kurang manis sekiranya mempunyai anak-anak seperti perebutan hak penjagaan, anak-anak tak jumpa emak atau ayah selama bertahun-tahun, si ayah tak bagi nafkah anak dan sebagainya.

Lain pula bagi Dynas Mokthar, walaupun sudah bercerai tapi dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Saya lihat anak sudah faham apa yang terjadi walaupun kadang-kadang pelbagai soalan lucu yang ditanyakan oleh Khyra. Perpisahan saya dengan bekas suami terjadi sewaktu mereka kecil lagi, jadi tiada banyak perkara yang perlu saya jelaskan kepada mereka. Bagi saya apa yang berlaku ada hikmahnya namun hubungan mereka dengan bapanya masih baik sehingga kini dan tiada masalah untuknya berjumpa.

"Namun kami jarang keluar bersama melainkan itu adalah permintaan anak. Ini kerana saya tidak mahu anak-anak keliru sekiranya satu hari nanti kami salah seorang mendirikan rumah tangga. Jika sudah mendirikan rumah tangga sudah pasti kena menjaga hati pasangan masing-masing dan bolehkan pasangan barunya menerima kehadiran kami jika keluar makan bersama.



"Situasi ini mungkin tidak berlaku sekarang kerana masing-masing masih belum berpunya. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti salah seorang sudah bertemu jodoh pasti perkara ini akan terjadi. Saya sentiasa berdoa bahawa masing-masing mendapat pasangan yang boleh menerima seadanya kerana jika keluar makan dan meraikan ulang tahun bersama semuanya dilakukan demi anak-anak.

Sikap Dynas dan bekas suami yang berfikiran jauh demi masa depan anak-anak ini boleh dijadikan contoh kepada ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan penceraian.





         ________________________




No comments: