31 July 2015

GAMBAR 'BERCUMBU' DISEBAR - ABAM 'BOCEY' KESAL DIFITNAH



Gara-gara tersebarnya gambar seorang lelaki berbadan montel bercumbu, pelawak Abam (Bocey) telah terkena tempiasnya apabila difitnah sebagai tuan empunya badan.

Bagaimanapun, Abam dengan tegas menjelaskan bahawa foto lelaki berbadan montel yang sedang bercumbu dengan seorang wanita itu bukan dirinya.

"Ia adalah satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang disebar - klik untuk size besar




"Orang buat cerita ni... Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan.

"Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu," ujar Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, dipetik sebagai berkata.



Untuk info, semalam, tersebar foto seorang lelaki berbadan besar sedang bercumbuan di internet hingga mengaitkan nama pelawak berkenaan. Teka-teki menjadi makin bertambah kuat apabila foto tersebut dikaburkan pada bahagian wajah.

"Saya harap ia tidak akan berulang lagi dan saya memohon pihak yang tidak bertanggungjawab itu agar tidak menyebarkan cerita sekiranya mereka tidak pasti kesahihan sesebuah berita.



"Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim.

"Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok," katanya.

:: Sumber: Mstar ::



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...