01 August 2015

AKUI KEMBALI SOLO - SHARNAAZ AHMAD INGIN JADI JUTAWAN



"Hubungan kami sudah lama terputus iaitu sejak lima bulan lalu. Malah ketika kami sama-sama menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) April lalu, hubungan kami bagai retak menanti belah," demikianlah kata Sharnaaz Ahmad, 29, yang mengakui dirinya kini kembali solo selepas hubungannya dengan pelakon Anis Al Idrus terputus hampir lima bulan lalu.

Bagaimanapun Sharnaaz enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Keputusan untuk berpisah ini kami buat bersama-sama. Tak perlulah nak didedahkan apakah puncanya Cuma apa yang boleh dikatakan hubungan ini memang tidak dapat diteruskan," ujar Sharnaaz dipetik sebagi berkata.

Menurut Sharnaaz, perpisahan itu tidak membuatkan dirinya rasa sedih dan menjelaskan bahawa dia hanya ingin fokus kepada bidang perniagaan ketika ini.

"Saya tak rasa apapun. Apa yang penting sekarang ini saya mahu fokus dalam bisnes. Saya mahu menjadi jutawan sebelum usia saya 30 tahun," jelasnya.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: