19 July 2015

MAAFKAN INDIVIDU YANG MENGATA DIRINYA - ZIZAN RAZAK BAKAL ADAKAN RUMAH TERBUKA



"Saya sudah maafkan mereka semua," demikianlah kata Zizan Razak apabila dia memaafkan individu yang mungkin ada mengata atau mengumpat dirinya dari belakang sepanjang tahun lalu.

Mengambil pendekatan yang sama, Zizan turut memohon kemaafan daripada siapa-siapa sahaja yang dikenali mahu pun tidak kerana secara tidak sengaja atau luar sedar, dia barangkali telah mengecilkan hati segelintir mereka.

"Ketika saya sedang alami kesusahan, saya sentiasa berdoa serta mengingati Allah S.W.T. Manakala orang yang paling saya ingati pula adalah ayah dan ibu saya. Mereka adalah sumber kekuatan saya selama ini

Klik gambar untuk size besar




"Saya faham sebelum ini, banyak kontroversi serta cerita-cerita negatif yang telah menimpa diri saya tanpa diduga. Hanya kesabaran menjadi kayu pengukur agar saya terus tabah mengharungi liku-liku hidup.

"Pendirian saya amat mudah, biar orang buat 'dekat' kita, tapi jangan kita buat 'dekat' orang. Takpelah, apa yang berlaku sudah pun berlaku. Saya tidak rasa terkilan mahu pun kecewa setelah bermacam perkara menimpa diri saya selama ini," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.

Mengenai sambutan hari raya kali ini, Zizan berkata yang dia telah membuat persiapan yang sama seperti tahun-tahun lalu, kecuali pada tahun ini Zizan akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga ini di kampung halaman ayahnya di Gong Balai , Marang Terengganu.



Zizan menjangkakan hampir 10 ribu tetamu akan hadir dan dia berharap sambutan pada hari itu dapat berjalan dengan lancar.

"Selalunya saya buat dekat rumah nenek di Kuala Terengganu, kali ini saya buat di kampung ayah saya pula, cuma cuti raya tahun ini saya tak pasti berapa lama, apa-apa pun di rumah terbuka itu nanti saya akan cuba untuk melayan tetamu seramai yang saya mampu," jelasnya.

Sempena hari raya kali ini, pelbagai program tv menarik di Astro melibatkan Zizan bakal menanti penonton. Antaranya Hantu Wefie, Betul Ke Bohong Raya, Ini Malam Kita Punya Raya dan The Ring.



         ________________________




No comments: