19 July 2015

RAYA DI NEW DELHI - JOHAN ASARI CERIAKAN STM



Disebabkan watak 'Botak' melalui filem Juvana, Johan Asari kini dikenali ramai hingga menarik minat Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM), New Delhi bagi menjemputnya memeriahkan Aidilfitri di sana.

Johan yang awalnya berada sebulan di India dan Bangladesh untuk mendalami ilmu al-Quran dan hadis berbesar hati menerima jemputan tersebut.

Dalam majlis itu, pelakon tersebut telah terlebih dahulu bersolat Aidilfitri dengan kira-kira 50 rakyat Malaysia di kompleks STM. Malah majlis itu juga disertai petugas Suruhanjaya Tinggi yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid serta rakyat Malaysia di Delhi, yang berkumpul seawal 8.30 pagi.

Klik gambar untuk size besar




Ditemui selepas solat Aidilfitri, Johan berkata beliau tiba di India pada 17 Jun lalu dan merancang untuk ke Dhaka pada Isnin.

"Saya amat berbesar hati dapat menunaikan solat bersama-sama Muslim rakyat Malaysia dan menikmati juadah yang disediakan petugas Suruhanjaya Tinggi kita di sini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Johan berkata, beliau tidak sabar untuk menyaksikan filem beliau 'Juvana 2', yang akan ditayangkan pada Oktober. - BERNAMA





         ________________________




No comments: